Saturday, November 7, 2009

berhentilah merokok...


salam/hello...

Kenapa perlu berhenti merokok?

Tembakau dari rokok mengandungi lebih 4,000 kimia, kebanyakannya beracun. Nikotin menambahkan tekanan darah, memaksa jantung bekerja lebih keras. Karbon Monoxide menjadikan jantung anda bergerak lebih cepat dan mengambilalih oksigen dalam darah. Tar didalam rokok mengandungi berpuluh kimia yang mengakibatkan barah.Merokok boleh menyebabkan saluran jantung (artery) tersumbat yang boleh menyebabkan serangan sakit jantung.Perokok mempunyai 70% risiko kematian akibat sakit jantung berbanding dengan yang tidak merokok.

Di Malaysia, 4.6 juta rakyatnya adalah perokok. Perangkaan menunj
ukan kes sakit paru-paru di Malaysia bertambah 17% setahun dan setiap tahun 10,000 rakyat Malaysia mati akibat penyakit yg berpunca dari merokok setiap tahun. Adakah anda bakal seorang darinya?

Cubalah berhenti merokok sekarang juga kerana:

Risiko serangan sakit jantung hanya berkurangan selepas setahun anda berhenti merokok.

Setelah 2 hingga 6 tahun berhenti merokok, risiko diserang sakit jantung anda berkurangan sama seperti anda tidak merokok

Jika anda menghisap sekotak rokok 20 batang yang berharga RM8.00 sehari, setahun anda boleh menjimatkan RM2880.00


lepas tgk gmbr ni aku terpikir... org yg merokok ni x reti bhase ker.. da kater rokok tu bahaye. nk jgk isap.. ish2.. x paham aku .. (maaf kpd yg trase..ngehngeh)






No comments: