Wednesday, February 24, 2010

hati2 memilih pasangn...

salam/hello..
ehem... seperti yg korg sedia maklum, topik beta ari ni tentang memilih pasangn.. ish2.. bejet sultan lak aku  nih.. haha.. pasangn? aper tu? pd aku la, mengikut pemahaman aku yg br berumur 21 nih, psgn ni bermaksud teman.. hehe.. klw salah btolkn yek..  dalam konteks ni, aku lagi prefer teman sehidup smati la.. hmmm, bukan mudah utk kiter mancari teman yg btol2 sesuai ngn kiter..  kiter kan manusia biase yg punyai banyak ragam dan prangai, dan juge punye taste yg sndri.. tp papepon taste anda sumer, ader stgh insan mempunyai character seperti yg dibawah, haruslah korg jauhi same skali.. hehe

laki2 yg perlu djauhi oleh kaum pompuan..

1. Terburu buru mengajak kamu berkahwin
Biarpun baru sebulan kenal namun si dia sudah membicarakan soal tunang dan mengajak kamu kawin. Kononnya terlalu cintakan kamu dan tidak mahu kehilangan kamu. Lelaki yang benar2 jujur sekiranya mahu mengambil kamu sebagai pasangan hidupnya tentu akan mengambil masa untuk mengenali kamu dengan lebih dekat lagi. Tentu ada sebab tertentu mengapa dia terburu2..

2. Kaya dengan kata2 manis
Berwaspadalah jika dia seringkali mengungkap "segalanya hanya untuk kita berdua" atau dia menyatakan yang die tidak boleh hidup tanpa kamu. Atau tanpa kamu hidupnya tidak beerti. Lelaki jenis ini pandai bermain kata2 dan selalu nya lelaki ini tergolong dalam lelaki yang sukakan kekerasan. 

3. Sikapnya yang berubah2
Sikap si dia yang sukar di fahami dan sering berubah2 walaupun dalam masa yang singkat.kamu akan rasa setiap kali berjumpa, perasaan kamu tidak bebas dan begitu takut sekiranya tersalah cakap.

4. Terlalu cemburu buta
Sesiapa saja yang rapat ngan kamu atau pandang kamu si dia pasti akan buat muka tak puas hati.. bukan itu saje, setiap ape yang kamu lakukan mesti kene 'report' kat dia.

5. Suka merendah2kan kamu
Si dia sering kali merendah2kan kamu atau komplain terutama nya bila kamu melakukan sesuatu yang tidak di sukai. Dia akan cuba untuk menukar kamu kepada orang lain dengan menukar cara berpakaian, make up, style serta sikap. Ini akan menyebabkan kamu hilang keselesaan dan lama kelamaan kamu akan hilang kebabasan untuk jadi diri sendiri. Akhirnya kamu sendiri yang akan merasa rendah diri dan tidak yakin pada diri sendiri.

6. Sukar menerima penolakan
Kamu langsung tidak boleh membantah apa yang dikatakan dan diinginkan. Kerana setiap kali dia meminta pendapat kamu, tapi dia akan membantah dan mengakui keputusan nya adalah yang paling bagus untuk diikuti. Kalau sekali dua takpe..kalau setiap kali begitu pun, akhirnya dialah yang akan jadi pemimpin diTAKTOR!!

7. Suka menyalahkan orang lain.
Apabila die menjadi seorang yang tak disenangi anda atau kawa2 yang lain, dia akan menyalahkan orang lain. Kerana bagi dirinya, apa yang dilakukan kononnya untuk kebaikan perhubungan kamu dan dia.

8. Gunakan meterial sebagai ganti.
Apa sahaja yang kamu minta si dia akan cuba penuhi. Namun mungkin kamu tak sedar, ini adalah cara si dia mengikat kamu. Kononnya si dia telah sempurnakan apa yang kamu minta, jadi kamu harus sempurnakan pula apa yang di hajati.jadi, hati2...bila termakan budi, takut tergadai body...

pompuan yg laki2 perlu jauhi...
 1. Wanita kategori liar. Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokan. Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan. Kita teruja dengan kegilaannya tetapi tak kita sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya
.
2. Wanita si Bom jangka. Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya erkawal. Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya. Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.

3. Wanita si Gula-gula. Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita. Dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya. Hakikatnya kita sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.

4. Wanita si Bintang popular. Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri kita.

5. Wanita si Penggapai. Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih dari apa kita miliki dan dia menyukai keadaan demikian, ia memberi jaminan kepada dirinya. Mengapa dia suka? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya agar ia memberinya ruang bergerak. Kita menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal, dan kita dilihat sebagi punca terbazir masanya sekadar untuk aktiviti bersama. Dia cenderung mengatakan setiap usahanya adalah untuk kebahagian bersama.

6. Wanita yang Terluka hatinyer. Hubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini tercedera emosinya sepanjang masa. Kewujudan kita adalah kapal persinggahannya sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya, apa yang terjadi, siapakah dia dan apa yang perlu dilakukannya. Sepanjang kita menjadi pasangannya, kita mendengar segala kisah buruknya. Kita akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari ini dan esok. Dalam jangkaan kita kewujudannya untuk menyintai kita, tetapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya. Setelah selesai, selamat tinggal untuk kita.

tp paperpon, susa nk jumpe seseorg yg sgt2 perfect....  dan kite kne pk balik, layak kah kiter utk org sebegitu. . sbb tu kiter kne bersyukur ngn aper yg ader.. bersyukurlah krane maseh ader insan yg sudi berkongsi hati dan hidupnyer ngn kiter...~
~ cinta dan menyintai ~
 

13 comments:

shahrinabd said...

oh tidak! adakah aku sudah tersalah pilih?

cik EPAL said...

tips yang berguna :)

~kuyam~ said...

fuyoo sipi...hbt tips ni
hihi

sipisenan said...

shahrinabd: hehe.. x sumer yg aku tulis i adlm terok.. biase la manusie, ader baek dan buruk nyer.. =)

cik EPAL: semoge tips yg aku bg ni berne wt sumer.. hehe

~kuyam~ : ehem... hebat mano nyer.. hehe.. aku dop pandai tulis2 supo mg. hehe. ni pon cari info kat tent. =)

isha said...

tip yg boleh digune pakai

sipisenan said...

isha: thanks isha... =)

anlonso said...

aku try..sorang pun xdapat.haih.. aku nak tekel lecturer ar camnih.akak2 lab ke... tua itu matang...matang itu...hawttttttttttt~

sipisenan said...

hahaa, anloso.. ko kne takel akak wt aer kat v5 cafe nih..mrsti on jer.. haha

anlonso said...

ari senin ni,aku nak gi beli lg.kenyit2 mate sket... senyuman menikam hati sket..fuh..confirm cair

sipisenan said...

haha.. nnt bley la ko mintak milo aes free kn. pastu bg aku tw..hehe

solehah said...

memg b'guna....hehe...erm honey ni kre da memenuhi la cri2 yg syg nk??hehe.... =)

sipisenan said...
This comment has been removed by the author.
sipisenan said...

solehah: iallah honey.. hehe