Monday, February 22, 2010

wow.. bahaye nih... gadis2 perlu bace nih,,

salam/hello...

di kala aku ketandusan idea2, aku pon blog walking la.. standard la kn.. hehe. dan aku pon terjumpe la info nih. amik kat blog org gak sbnnyer.. so, harap2 tuan die x marah ek, sbb bende ni cam pnting jer..  khususnyer utk sumer penbace blog kesaygn aku nih.. =)
Cermin 2 arah

BAGAIMANA MENGENAL PASTI CERMIN DUA ARAH ?
Ketika kita masuk ke toilet awam, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).
Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati. Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?

Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing:

LAKUKANLAH TEST SEDERHANA

1. TEST DENGAN KUKU JARI
Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap)antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin,dapat dikatakan bahawa cermin itu adalah cermin biasa (selamat). Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah. Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar.

2. TEST DENGAN NAFAS.
Hembus nafas hampir dengan cermin, jika ada kesan nafas/haba di cermin , maka selamat, jika tidak besar kemungkinan ianya cermin 2 arah.

3. BUNYI.
Cuba ketuk cermin tersebut dengan jari slow2, kuat kang pecah plak , jika ianya tidak berbunyi atau bunyi perlahan, Maknanya ia melekap didinding, jika berbunyi kuat pastinya ada ruang kosong/berongga dibelakang cermin tersebut. Mudah dilakukan, dan ini mungkin bisa menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" ! 
 
klw yg pnh terbace tu, buat2 lah x pnh bace yek.. hehe.. diingtkn, mende2 gini slalu jadi kat gurlz la.. klw laki2 cm aku ni x der org nk tgk pon.. haha.. bile pikir2 balik, cuak gak klw mende2 gini jadi kat adik pmpuan aku, awek aku, spupu2 aku, family dan korg2 sumer...
so, hati2 la korg ea.. ~

~ cermin 2 arah tu cmni kot.. hehe ~

No comments: