Sunday, February 21, 2010

adui.. byknyer krete aku gne myk bulan ni.. hukhuk

salam/hello,
    sbagai seorg student yg berkerete, penggunaan myk adalah satu aspek yg sgt2 pnting dan x bley dibuat2 lupe..ye la, igt myk murah sgt ker..klw myk tu hangenyer rm 0.50 seliter x per gak.. hehe.. aku gne charade aura, daihatsu... 1000cc dan keluaran tahun 1990.. wow, tue siot krete aku..  klw tmmbah lg 10 thn, da bley dapat status antik da.. hehe.
   berkait rapat ngn topik ari ni, agak2 la, korg rse krete korg kuat gne miyk x? hmm, klw krete aku la, depends on  cmner aku bwk krete time tu... cntohnyer, klw nk kne g ipo ngn rushing, mmg paah la myk aku.. tp klw bwk lek2, jimat jer.. dan utk mengetahui cmner care2 nk jimatkn menggunaan myk oleh krete anda, sile lah bace article kat bwh nih...


Mungkin anda belum pernah mendengar suatu kaedah untuk mengurangkan penggunaan bahanapi kenderaan anda sebeluim ini. Terdapat satu teknik yang dipanggil "hypermiling" iaitu untuk mengurangkan penggunaan
bahanapi.

1. Tekan pedal minyak perlahan-lahan apabila memulakan perjalanan.

2. Pandu kenderaan anda perlahan terutama apabila menghampiri lampu isyarat dan cuba dapatkan jarak masa sehingga lampu hijau supaya anda tidak perlu berhenti.

3. Apabila menuruni bukit, cuba tutup suis enjin atau ambil lajak dengan membiarkan kenderaan bergerak bebas tanpa menekan pedal minyak.

4. Tutup suis A/C dan gunakan "blower" tanpa pendingin udara.

5. Apabila melalui selekoh, cuba gunakan kelajuan yang sama tanpa menambah kelajuan kenderaan.

6. Gunakan "auto cruise" jika kenderaan anda mewmpunyai aksesori ini. Auto cruise mengatur penggunaan bahanapi secara minima.

7. Ekori belakang kenderaan seperti bas, lori atau van secara selamat supaya rintangan udara (aerodinamik) dapat diminimumkan.

8. Minimumkan berat muatan kenderaan anda suapay kenderaan dapat bergerak mudah tanpa beban yang memerlukan penggunaan tenaga yang lebih. Jika kenderaan anda 4WD, elakkan penggunaan pacuan empat roda.

9. Kurangkan penggunaan brek dengan mengurangkan kelajuan sebelum hendak berhenti kerana apabila membrek ketika kenderaan sedang bergerak laju, ia sedang membazirkan bahanapi tanpa memberi faedah kepada anda
kerana anda mahu kenderaan anda berhenti.

10. Rancang perjalanan anda dengan bijak, cari jalan pintas dan elakkan kesesakan trafik atau pusingan yang jauh. Jauhi jalan yang berbukit atau berlopak-lopak.

Teknik di atas telah dicuba dan diuji oleh penduduk Amerika dan mereka mendapati dapat mengurangkan penggunaan bahanapi sebanyak 30%. Ada sesetengah kenderaan dapat jimat lebih dari itu. Anda bila lagi nak mencuba?

pasni aku kne try la aper yg article ni ckp.. mnela tw, pasni myk krete aku rm 10 jer sbulan.. haha.~ 
 ~ jom kite gali minyk sndri... hehe ~

2 comments:

kuyam said...

skrg wpe average mg hbs utk myk sebulan?

hasifi b hasnan said...

dlm rm 60 ke 80... gitu la.. kl bulan tuh sokmo kuar.. sapa la rm 100.. hehe..