salam/hello..
cuti rayer cine da bermule smalm.. aku masih berade kat utp.. sorg2.. isk2.. hausemate sumer da balek.. tinggl aku jer... tp x per, sbb arini aku akan balik klantan.. yeaayyy... rindu sieh kat kampung halaman gua nih.. ( gua? sejak bile lak aku pandai gne perkataan nih.. adui...)..
cuti kali ni sagt2 pendek, sampai ari slase jer.. dan lecture mmg bagi 'ang pau' lah kat kiteorg.. nk tw x aper 'ang pau tu'..? haha.. assgmnt la.. adui2... org baru nk bercuti..hukhukk...
ha...ni la assgmnt yg bakal aku siapkn time cuti nih... bapak nyer bayk.. mcm mmpu jer aku nk siapkn..hukhuk
*ASSIGNMENT SEPRO*
Tutorial Question 1,3,4 and 5
Submit lepas bincang semua soalan
Tutorial Question 1,3,4 and 5
Submit lepas bincang semua soalan
*ASSIGNMENT PI*
Due date: 17 FEB 2010
*ASSIGNMENT RXN*
Due date: 17 FEB before 5.00pm
Due date: 17 FEB 2010
*ASSIGNMENT RXN*
Due date: 17 FEB before 5.00pm
*ASSIGNMENT PSLP*
Question 2-19, 2-24, 2-26, 3-13, 3-15, 3-22
Submit in Tutorial Session
Question 2-19, 2-24, 2-26, 3-13, 3-15, 3-22
Submit in Tutorial Session
(credit tu syed haq sbb post ni dalam chemo0707 ...)
oleh krane aku nk balik kampung ari nih, so, dini aku ader sdikit pesanan buat teman2 yg tgh drive nk balik kg tu... berhati2 lah di jalan rye... drive leklok... jgn ngntok2... tp klw korg ngntok jgk, meh aku bagi tips sket.. hehe
Sememangnya cara paling baik adalah dengan berhenti rehat dan tidor. On aircond, buka cermin seinci, turunkan seat dan tidor ½ jam. Memang puas dan boleh teruskan perjalanan dengan tenang. Cuma selalunya kalau travel jauh-jauh, kita nak cepat sampai. Kita takde luxury time untuk rehat tepi jalan. Aku pun confuse tengok ada hotel di R&R PLUS highway, ada orang sewa ke?
2. Makan dan Minum Non-stop
Kalau aku travel seorang memang seat penumpang disebelah aku akan dipenuhi dengan makanan dan minuman. Daripada roti, asam, gula-gula, karipap, pau sehingga minuman carbonate, kopi dan air mineral. Kalau mengantuk, makan dan minum sepanjang perjalanan memang confirm tak tertidor. Tak mungkin mata boleh terlelap kalau mulut tak berhenti mengunyah, kan? Cuma problemnya cara ini akan membuatkan kita terpaksa berhenti setiap beberapa jam untuk ke tandas. Kalau tersilap campur makanan, perut pula meragam. Problem…
3. Sapu Tangan Basah
Aku basahkan tisu atau sapu tangan dengan air mineral dan lap muka every 10-15 minit. Air yang terkena aircond akan membuatkan muka dan mata jadi sejuk gila. Memang tak boleh nak tidor. Lagi bagus kalu sapu tangan basah tu diletakkan depan corong aircond. So, ia jadi semakin sejuk. Kalau mengantuk, tekapkan sapu tangan basah sejuk tu kat mata akan rasa lega je. Kalau kita perasan, setiap kali mengantuk mata, dahi dan tengkuk akan rasa suam-suam panas. Jadi dengan letakkan sapu tangan basah sejuk akan mengurangkan suhu seterusnya hilangkan rasa mengantuk.
4. Hiburan
Aku kurang minat muzik, jadi aku jarang amalkan cara ini. Buka radio kuat-kuat, sampaii nak pecah gegendang telinga dan jika boleh follow lirik lagu yang dimainkan. Confirm tak akan tertidor. Kalau tak suka dengar lagu yang dimainkan oleh radio station, takde duit nak beli cd atau kaset, sekarang dah boleh download ke mp3 player dan cucuk tumbdrive ke radio. Pasanglah lagu kegemaran kita berulang-ulang kali. Since banyak kereta sekarang dah ada DVD player dan monitor, so instead dengar muzik sahaja mungkin juga boleh mainkan video clip, konsert atau apa-apa video yang hilangkan ngantuk. Filem-filem lucu, seperti Mr. Os atau filem P. Ramlee juga bagus since tak mungkin sambil gelak boleh tertidor. Cuma kena pastikan konsentrasi driving tidak terganggu dek hiburan yang dipasang.
5. Berkomunikasi
Kalau ada partner kat sebelah, untuk hilangkan ngantuk kena bersembang. Topik yang dibualkan perlu lah yang menarik tapi tak memenatkan. Jangan sembang pasal politik, pasal kerja, atau pasal masalah ekonomi negara. Pasti akan rasa penat dan mungkin akan membuatkan kita lebih mengantuk. Ceritanya patut pasal sukan (tapi bukan bolasepak Malaysia), pasal gossip artis, pasal kenapa Man Belon kena buang dari Raja Lawak, topik-topik menarik tapi santai. Kalau kita travel alone, still boleh berkomunikasi dengan orang lain menerusi telefon. Kalau kita sertai apa-apa pakej percuma tak kira family plan ke, corparate plan ke, call number yang free tu dan berborak lah berjam-jam. Again, pastikan topic yang dipilih menarik dan tidak memenatkan.
6. Sakitkan Diri Sendiri
Kalau rasa mengantuk tampar diri sendiri beberapa kali. Biar sampai merah pipi. Kalau ada partner kat sebelah, lebih baik minta partner tamparkan. Kalau takut pipi tak cantik, berbekas kena tampar, boleh try gigit jari. Continuously gigit atau hisap ibu jari, guarantee tak mungkin terlelap.
7. Kopi or Energy Drinks
Kaedah ini tak pernah berkesan untuk aku, tapi orang cerita memang mujarab. Minum energy drinks macam tongkat ali, Red Bull, Ali Café, etc. Minum banyak-banyak, satu tin setiap sejam mungkin. Ataupun, bancuh kopi yang betul-betul pekat. Kopi yang biasa disediakan oleh nenek-nenek kita dahulu. Kepekatan kopi yang memang akan terasa di tekak walaupun dah hampir sejam kita minum...
amik kat org jer nih.. x sempat nk tulis sndri..hehe.(alasan).. paperpon, bergune kn mende nih.. k la.. bertemu lagi kiter ari slase nih.. hehe..daa~
~ drive leklok kay.. =) ~
2 comments:
eh?
xbalik ka?
balik la. ni br sampai utp..hehe.ko x balik kew.
Post a Comment